Situasi Vs Anda

1.Biasanya dalam apa jua bisnes situasi menjadi MUSUH utamanya.Jangan biarkan PERNIAGAAN anda diHANTUI situasi.

2.SEorang perniaga yang bijak Tidak membiarkan PERNIAGAAN menjadi mangsa keadaan sebaliknya MENGGUNAKAN keadaan sebagai BATU loncatan satu perniagaan itu.

3.SITUASI kebiasaannya memang tidak akan MENYEBELAHI peniaga sebaliknya PENIAGA lah seharusnya BIJAK merancang dan merangka apa jua strategi dalam mengharungi satu SITUASI itu.

4.DALAM islam kita lazim dengar tentang IKTIAR tetepi sejauh manakah kita BERIKTIAR sebelum BERTAWAKKAL. Rezeki itu tidak datang bergolek melainkan peniaga sendiri yang menggolekkan dirinya ke arah REZEKI itu.

5.Contohnya Jika anda peniaga goreng pisang pada waktu petang -mula pukul 3-7petang. Nasib tidak menyebelahi anda pada satu ketika dimana HUJAN turun selebat2 nya pada pukul 4 petang hingga ke malam.

6.ANDA vs SITUASI. Adakah anda terus menutup kedai utk hari itu? adakah anda berehat utk hari itu dan bagaimana jika hari2 pun masih hujan selama seminggu? pendapatan anda rn200 sehari terjejas kerana hujan?

7. Adakah HUJAN menjadikan rezeki anda tertutup? kepada siapa anda harus marah?marahkan takdir, marahkan hujan atau marahkan diri kerana tidak mampu menghasilkan jualan dikala hujan?

8.SEbenarnya jika anda berfikir dan berstrategi anda mampu menghasilkan jualan walaupun ketika hujan. ketika petir ketika malam dan sebginya.Daripada anda merungut memikirkan nasib HUJAN adalah LEBIH baik anda memikirkan stategi BERPERANG dengan HUJAN.

9.Itu yang biasa kita dengar khususnya dalam PERNIAGAAN dimana LANTAI disalahkan apabila TARIAN dalam PERNIAGAAN yang diceburi TIDAK serancak BIASA.

10.Jangan mudah melatah terhadap SITUASI dan JANGAN pula mudah MENGALAH dalam apa jua keadaan. INGAT, anda adalah RAJA kepada perniagaan anda justeru anda mengawal situasi, keadaan, dan cabaran.RENUNG-RENUNGKAN….

MAHAGURU

1.Dalam kehidupan kita hari demi hari adalah proses pembelajaran .Sejak lahir hingga meninggal dunia adlah satu proses pembelajaran.Tentang HIDUP tentang MATI dan segalanya.

2.GURU memainkan  satu peranan penting dalam kehidupan tanpa kita sedari. Dari kecil hingga dewasa kita mempraktikkan segala yang diajar oleh guru secara sedar atau tidak kita sedari. ‘There was nothing originally from U.’ We learn and Copy behavior even a thinking method.

3.Sama juga dalam industri PERNIAGAAN. Saudagar apa pun anda haruslah mempunyai guru@mentor dalam menuju kejayaan.

4.Kebiasaannya GURU tersebut pernah melalui kesukaran yang bakal kita tempuhi dan membimbing kita supaya tidak terjerumus ke arah jalan yang sama.

5.Nasihat dan pandangannya adalah berdasarkan ilmu dan amalannya selama satu tempoh dalam PERNIAGAAN.

6.Belajarlah dengan GURU yang betul dan bukan yang pura-pura pernah mengecapi atau terlibatkan dalam satu PERNIAGAAN itu. KEJAYAAN dan KEGAGALAN bukan soalnya tetepi perjalanan dan pengalaman seorang guru itu menjadi peluru dalam perang PERNIAGAAN.

7.Dalam areana bisnes diluar sana  kebiasaannya seorang GURU tidak menurunkan semua ilmu kepada muridnya kerana takut anak murid lawan tokey.Tetapi dalam industri NETWORK MARKETING seorang mentor atau guru menjadikan anak muridnya lebih handal dari padanya dan kalau boleh melebihinya kerana kejayaan anak muridnya juga merupakan kejayaannya.

8.RAmai mentor-mentor yang KONONnya PAKAR di internet dewasa ini dan menjadikan susah untuk mengenal pasti GURU yang betul-betul GURU.

9.BErgurulah untuk ilmu dan bukan menjadi KAYA atau berjaya INSYAALLAH kejayaan itu akan datang kemudian.WISDOM………

Demi Masa

1.Demi Masa. Sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan mereka yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan pada kebenaran.

2.Setiap orang dikurniakan 24jam satu hari. PM , menteri , guru besar , penganggur, cikgu sekolah, IM, semua pun memiliki masa yang sama.

3.Tapi kerap kali kita dengar ramai yang BANGGA menyatakan ‘aku takde masa la”, ‘ aku BZ ‘ dalam kehidupan sehari-hari mereka.

4.Entah apa yang dibanggakan menjadi seorang yang SIBUK. atau buat-buat SIBUK.Itulah penyakit masyarakat kita kini.

5.Adapun segelintir suka lepak di kedai kopi menghabiskan sisa-sisa masa selain waktu bekerja seperti hujung minggu lazimnya. Majoriti membincangkan isu-isu semasa seperti kenaikan harga minyak , hal semasa.

6.Setakat BINCANG sahaja TIDAK berkesudahan selagi TINDAKAN tidak diambil.Sampai ke sudah ceritanya. Sabo je lah.

7.Bila sebut tentang PERNIAGAAN utk mengatasi masalah permasalahannnya mulalah Ke BZ annya . Masanya tidak ada dan sebagainya.

8.Yang sebenarnya aspek terpenting untuk dipelajari adalah pengurusan Masa. Bagaimana pengurusan masa yang berkesan setiap hari dapat menjadikan PERNIAGAAN bekerja untuk anda. Bukan bekerja utk PERNIAGAAN.

9.1 jam sehari jika anda peruntukkan untuk menjalankan sejenis perniagaan sudah pasti akan anda dapat hasilnya saban bulan , tahun dan membantu anda menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi sekarang.

10.Konsistensi adalah kunci kepada apa jua PERNIAGAAN dan rancangan. Tapi ramai yang tidak sabar dan mahu melihat hasil yang cepat lantaran terjerat dalam pelbagai skim Penipuan.

11. Sebagai contoh anda menulis 1page blog sehari , dalam masa setahun blog anda sudah mempunyai 365post dan mungkin anda boleh bukukan dan jual.Hargai masa anda untuk sesuatu yang berfaedah.

bakat atau minat dalam berniaga

1. Bakat. Anda perlu mempunyai bakat dalam perniagaan SATU tanggapan yang salah. Apa yang sebetulnya ialah sejauh mana anda sanggup belejar untuk bersedia dalam satu perniagaan itu.

2.Contohnya pada masa anda kecil-kecil dulu anda tidak tahu pon sama ada anda berbakat menaiki basikal. Justeru anda belajar bersungguh-sungguh dan anda akhirnya mahir menaiki basikal.

3.Yang penting dalam perniagaan anda ialah tahap pemahaman anda tentang suatu bisnes itu dan kaedah yang betul digunakan dalam apa jua bisnes , PERNIAGAAN yang anda ceburi. ILMU.

4.Belajar dari setiap kegagalan anda yang terdahulu dan jangan mengulangi kesilapan yang sama. Belajar dari orang-orang yang betul2 berjaya dalam satu industri itu dan aplikasikan dalam PERNIAGAAN anda.

5.Minat adalah lebih kepada hobi. Perlu diingati ramai yang berjinak2 dalam perniagaan bukanlah sebab minat yang mendalam tetapi diatas desakan ekonomi dan peluang yang sedia ada.

6.Ramai orang minat tidur dirumah dari pergi ke tempat kerja. Ramai orang minat bermain bola dari menaip surat. JIKA anda melatakkan perniagaan anda hanya sebab minat maka anda akan melakukan nya sekali sekala.

7.Minat dalam perniagaan akan timbul bila lama-kelamaan anda dalam satu industri perniagaan dan ILMU yang anda perolehi. DAN anda seharusnya MINAT menimba ILMU bukan DUIT.

Perniagaan

1. Ramai atau semua pun tahu 9/10 rezeki Allah datangnya dari PERNIAGAAN. Tapi berapa kerat sahaja orang yang ada tindakan untuk itu. Tak kisahlah apa jenis PERNIAGAAN yang penting melibatkan urusan PENJUALAN dan PEMBELIAN.

2.Bila sebut perniagaan mesti ada Penjualan dan pembelian. Kalau takda barang yang didagangkan atau atas angin jek, bukan PERNIAGAAN gitu. Awas!

3.Lagi satu dalam PERNIAGAAN ini kenalah konsistan , berdisiplin dan tekun serta fokus. Takdanya cepat sangat nak kaya dsb. Citer jelah apa pun bisnes.

4. Ramai yang salah anggap kat internet ni lubuk nak buat bisnes cepat jadik kaya huu.Sangat senanglah jadik kaya kalu gitu. Kan Gitu? Mana dapat jepp kalau tengok sume otai2 internet Berjaya atas sebab usaha yang gigih dan konsistan. Bukan tup tap petik-petik jari dapat.

5.Ramai plak yang mengaku kaya dalam internet ni, buat-buat kaya atau menyamar kaya.Apesal la kan? suka tunjuk2 statement kat orang .Tunjuk kete kat orang rumah la , banglo la itu la ini la..HUrm?

6.So jaga-jaga dengan golongan itu ya pak. Buat bisnes dengan ikhlas jangan kutuk-kutuk orang lain dan jaga hubungan.

7. Yang saya tahu dalam bisnes ni takda rahsia kejayaan. Rahsia dier adalah ia takde rahsia. Buat dulu baru tahu ye tak.

8.Jangan terpedaya dengan janji-janji manis dan SKIM SKIM yang nampak kayanya cepat.

9.PERNIAGAAN adalah untuk jangkamasa panjang . Bukan bermakna dapat duit lambat tapi untuk berterusanla bisnesnya. Sampai ke anak cucu gitu.

Muqadimah….

assalamualaikum.

1. Selamat datang keblog kisah saudagar.Blog ini adalah tentang perniagaan, peluang bisnes, pandangan bisnes, komen bisnes, penerangan bisnes dan apa-apa yang berkaitan dengan perihal seorang saudagar.

2.Blog ini bertujuan berkongsi sedikit pemahaman tentang dunia perniagaan mengikut penakrifan saya.Saya juga berkongsi sedikit ilmu ,pengetahuan dan apa yang saya ada selama saya menjalankan perniagaan dan selok belok perniagaan yang merangkumi pengetahuan saya.

3. Saya hanya berkongsi berdasarkan perkara yang saya ketahui dan pengalaman saya beberapa tahun menjalankan bisnes.

4.Sesiapa pun boleh mengemukankan sebarang pandangan atau komen pada blog ini asalkan tidak bertujuan jahat.

5.Saya masih belajar dalam dunia ini terus belajar untuk memajukan diri, bangsa dan komuniti sekeliling saya insyaaallah.